121212


Assalamualaikum :)


Duduknya aku di sini kerana malas nak berdiri sambil menaip. Hahahaha, k.

So, harini 12/12/12. Semua orang macam excited gila dengan tarikh harini. Mesti ada yang nikah harini kan, untunglah. Kalau nak buat kenduri, bukan harini kot. Semua orang kerja, harini kan hari rabu. Amboi, mentang-mentang cuti sekolah terus lupa tarikh hari semua eh. Hahahaha.

Bagi aku, takde apa yang special sangat pun pasal harini. Aku pun baru 15 tahun, mustahil la nak nikah harini walaupun tarikh cantik en. Hehehehe. Tapi, ramai yang cakap harini tarikh cantik yang terakhir dapat kita tengok. Who says? 20/12/2012 cantik gak. 11/12/13 cantik gak en.

Nak excited pasal tarikh harini, excited-lah. Tapi jangan sampai taksub, berpada-pada :) Ini kalendar Yahudi. Takde apa pun pasal tarikh ni cuma tarikh yang cantik dan kita takkan jumpa lagi tarikh hari, bulan dan tahun yang sama. Takde 13/13/13, 14/14/14 and so on. Tapi, korang tawu tak harini berapa haribulan dalam kalendar Islam? Harini 28 Muharram 1434 Hijriah :)


Kita sebagai umat Islam kena la tawu jugak pasal agama Islam, kan? Jangan cuma Islam di IC, tak baik taw. Sekarang ni, kebanyakkan dari kita mendahulukan kalendar Yahudi lebih dari kalendar Islam sendiri. Aku akui, aku pun macam tu jugak. Kalau korang perasan, dekat batu nisan kan ada tulis tarikh wafat semua tu kan? Kebanyakkannya tulis tarikh Yahudi dulu baru tarikh Islam. Sebagai contoh:

" Al-Fatihah .............. telah wafat pada 12 Disember 2012 bersamaan 28 Muharram 1434H "
Kenapa mesti dahulukan tarikh Yahudi? Sedangkan kita umat Islam. Kenapa tak dahulukan tarikh Islam? Wallahualam. Aku tawu aku terlalu muda untuk menyuarakan pendapat ni dan banyak lagi ilmu yang perlu aku pelajari untuk mendalami agama suci Allah ni. Tapi korang kena fikir jugak pasal apa yang aku cakap tu, hm.


Apa-apa pun, 121212 ni tak bawa apa-apa makna pun untuk batch '97. 191212 barulah tarikh keramat yang menentukan aliran kami, tarikh keramat yang amat menakutkan! Arhhh!!! Tarikh apa? Result PMR keluar pada tarikh tuuu!!! 191212 bersamaan 5 Safar 1434H. Oh, hari rabu jugak sama dengan hari ni. Maksudnya? Minggu depan?! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA habisla aku T_T

Kenyataan dah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:


Bersedialah wahai pelajar-pelajar batch '97 *suara seram* Hahahahaha, k. Aku pun batch '97. Mohon korang doa-doakanlah kami yea. Buat pengetahuan korang, soalan PMR tahun ni berlainan dengan soalan-soalan PMR tahun lepas sebab tu la Utusan Malaysia cakap soalan PMR tahun ni pelik dan Berita Awani cakap PMR tahun ni PMR paling susah dalam sejarah PMR.

Ada pulak tu, dekat Twitter cakap gred PMR tahun ni turun 50%. Entah dari mana dorang dapat info pun aku taktawu. Sepatutnya gred tu jadi rahsia Lembaga kan. Tapi kalau betul pun, ada harapan ah aku nak dapat 9A. Hehehehe. Doakan aku, cuak ni T_T

Akhir kata: Dah solat Zohor? :)

4 comments:

Sya said...

Kau nak tambah men-addkan melimpahkan rasa cuak berganda kat perut aku kan? Huh?!!


Apapun jumpa lagi nanti dan doa-in aku yaa ;)

Sab said...

wakakakakaka XD doakan aku jugak leww ;)

Anonymous said...

Good luck bila dah dpt result pmr nanti. me in the situation as you.

Sab said...

Oh, goodluck to you too Ezlyn ^^