1234


Assalamualaikum :)


Tajuk post aku asyik tulis nombor jea, haha. Nak bagitawu korang yang selepas maghrib harini adalah tarikh yang cantik dalam Islam :)

Sekarang 30 Muharram. Bila azan maghrib berkumandang jea nanti, jadilah tarikh baru dalam kalendar Islam iaitu 1 Safar 1434 Hijriah jadi 1234. Cantik kan nombor ni? Lagi cantik dari 121212 tu. Mungkin ada antara korang yang taktawu, kalau ikut Islam, selepas maghrib dah dikira esoknya. Bukan dah pukul 0000 hours baru esoknya yea :)

Aku kalau nak wish orang punya birthday, lepas maghrib selalunya lah. Nak jadi orang pertama wish kan, hehe. Aku sengaja nak berkongsi tarikh yang indah ni dengan korang. Eceh, ayat nak power jea. Hahahahaha.

Sebenarnya, aku nak komen pasal game AFF Suzuki Semi-Final Malaysia vs Thailand semalam. Mesti ramai yang tengok en? Kat Twitter kecoh gila kot. Hahaha. Malaysia tewas dengan Thailand 2-0 tapi aku taknak kutuk pemain Harimau Malaya semua sebab kali ni Malaysia tewas bermaruah. Thailand pulak menang berasuah! Huh! 

Refferee dari Korea yang bernama Lee Min Yu tu, sesuka hati mak bapak nenek tiri dia jea layangkan Kad Kuning yang kedua untuk Fadhli Shas. Padahal masa tu, Fadhli Shas yang kena asak dengan pemain Thailand di bahagian pertahanan. Sepatutnya Reff tu bagi kad dekat pemain Thailand tu lah, yang dia bagi dekat Fadhli Shas apehal? Nampak sangat kena suap Reff Korea ni. Kalau tak percaya, tengok ni:


Sedih aku tengok muka Fadhli Shas. Yang aku tak puas hatinya, Norshahrul tu jatuh tersembam sebab pemain Thailand. Apa yang Reff tu buat? Haihla, dimana keadilan?! FAM kena report dekat FIFA sebab ada Reff berat sebelah ni. Pecat dia terus! Hahaha. Kalau dia tak sesuka hati layangkan kat merah dekat Fadhli Shas, mesti Malaysia boleh menang sebab 11 lawan 11. Ni tak, Malaysia 10 pemain jea lepas Fadhli Shas kena buang secara tak rasional. Thailand, 11 pemain ganas dan seorang Referee asdfghjkl.

Fadhli Shas

Kalau korang tengok game semalam, ganas gila pemain-pemain Thailand semua. Memang gajah kut, haha. Yang teruknya, goal keeper Malaysia, Farizal Marlias dah tangkap bola pun pemain Thailand masih nak tendang bola tu. Lalu terkena lah muka kacak Farizal Marlias. Eh? Hahahahaha, k. Agak kurang ajar pemain Thailand di situ. Aku rasa macam nak sepak muka dia pulak, hahaha.

Game semalam dah macam bukan perlawanan bola sepak dah. Dah macam Thailand nak buat Muay Thai jea untuk semua pemain Malaysia, ganas gila! Ramai kat Twitter cakap MatYo bersilat eh? Hahaha, aku terlepas part tu. Tapi memang frust gila tengok game semalam, pemain Thailand ganas tahap 987654321. Refferee Korea tu pulak berat sebelah, adui. It's obvious la wei.

Yang lawaknya kan, dekat Twitter sempat lagi penyokong Harimau Malaya edit gambar. Hahahaha, lawak ah. Tengok ni, ni Refferee Korea yang kena suap tu:


Hahahaha, okay. Ini agak lawak. Tapi, ada yang lagi lawak. Dekat Twitter, ramai tweet camni.

Dear Reff:

Hahahahahaha! Muka Obama tu yang tak boleh blah tu, macam betul jea.

Okay, ni paling lawak! Twitter-ians tweet camni:

Reff Korea, ada pesanan dari Dato' K. Rajagobal:

Hahahahaha, memang kreatif yea rakyat Malaysia ni.

Oh ya, ni gambar kat Twitter jugak. Gambar yang membuktikan Refferee Korea tu berat sebelah!


Kat Twitter memang ramai yang panggil Reff tu khinzir. Hahaha *if you know what I mean*

Apelah, tak baik mencarut memaki hamun Reff tu walaupun Reff tu memang layak dapat cacian semua tu. Aku rasa la, melampau betul Reff tu. Ish. 

Tapi, takpela. Nak buat camne? Takde rezeki kan. Mungkin Allah nak uji kita, samada kita kutuk/hina Harimau Malaya walaupun mereka kalah bermaruah.
" Jika tak mampu untuk menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang "
Menang atau kalah, selamanya Harimau Malaya! Elelelelele ooo ooo. Hahahaha. Apa? Ingat aku perempuan, aku tak tengok bola ke? Tengok eh tapi aku tengok bukan sebab nak tengok pemain-pemain Malaysia yang handsome apa semua, aku tengok sebab aku sokong. Oh ya, aku bukan perempuan yang ala-ala lelaki yang pengkid apa semua itu okay. Cuba berfikiran luas sikit, aku perempuan normal yang sokong pasukan bola sepak Malaysia. Pelik sangat ke?

Apa-apa pun, Farizal Marlias hero game semalam sebab dia dah selamatkan banyak bola dari masuk goal walaupun dua bolos.

Farizal Marlias

Bola bola jugak, dah solat asar semuanya? :)


11 comments:

Anonymous said...

a good blod and good informations is provided on this blog,looking on for your next update =) -syahmi-

Ezlyne said...

visiting here and i knew it that all of us (malasysian) got the same opinion about that referee HAHA

Sab said...

Syahmi: thank you :) I'll tell you for my next update :)

Ezlyne: I know, right. hahahaha

Miss Xyz said...

Uish, yang anonymous tu syahmi kelas kita ke?


Apapun, aku semalam tgk bola jugak. Nama pemain thai aku tak tahan -> kawin. Tapi pemain thai pandai acah acah bola. Malaysia kena cuba lagi :D

Sab said...

haah, tu syahmi kelas kita. dia dah jadi pembaca setia blog aku XD hm, mungkin.. insyaAllah :)

Fariz Reza said...

entahla SAB...fariz geram jugak tapi..nak buat camne..takkan nak silat budak2 Thai tuh ngeh :3

geram gak..tapi nak buat cemane sabar jela...

hari ini hari kita....esok esok hari harimau malaya pula...

inilah dia...kita layan mereka dengn baik dieorang layan kite dgn teruk..bagi pdg teruk ..erm...

ada hikmh kot.... kita tengok jela nnti...

ta[pi reff tu kena disiasat dan diinterview...

dia tak boleh terlepas begitu je!!!!!!!!!!

From:

Fariz Reza Dot Com

Sab said...

yeahhh! kasi hukum itu Reff! haha

amirahyusoff said...

Taktik yg tak mengena. Thailand pula pandai kawal bola. Ternyata banyak perkara yg perlu dibaiki oleh skuad harimau malaya. Jgn tuduh ref makan suap.

Sab said...

but it was obvious :(

semutsengal said...

hmhm,


malaysia kalah. na buat guane kannn

Cik Tia said...

alamak , tak menang saya kalau pasal bola ni .. apapun , saya dapat sedikit pengetahuan di sini :)