Y No Early To School?


Assalamualaikum.

Tadaaa! Post pertama setelah hampir sebulan masuk sekolah. On the last day of January pulak aku buat post hahahah. Aku buat post ni berdasarkan post pemandu lori.

Alamak! Kantoi (sengaja)

Oleh sebab post dia takde gambar, jadi aku pun malas nak letak gambar. Like a boss. Dari apa yang diceritakan oleh Miss Driver lori itu :p sekolah aku (sekolah dia jugak) dah buat banyak perubahan. Pentas biru yang dulunya menjadi sejarah tempat para late comers seperti aku di-"malu"-kan telah 'pupus'.

Kiranya macam late comers ni, kena berdiri beramai-ramai atas pentas biru tu. Tapi pentas biru tu kat belakang, jadi pelajar menghadap pentas utama dan bukannya pentas biru. Tak malu sangat aku rasa kalau berdiri atas pentas biru tu.

Jadi apabila pentas biru tu sudah dimusnahkan jeng.jeng sekolah aku membuat peraturan baru bagi me-"malu"-kan para late comers ini dengan membiarkan late comers berdiri di HADAPAN para pelajar ketika para pelajar yang bukan late comers tu sedang duduk mendengar pengumuman guru-guru bertugas. Aku dah pernah kena and aku tawu betapa malunya rasa tapi aku buat watlek watpeace je hewhew.

So, Y U No Early To School?

1. Bangun lambat sebab berjaga malam kerana menyiapkan homework yang setinggi Gunung Himalaya.
2. Adik-adik atau abang kakak yang bersiap untuk ke sekolah mengalahkan mak datin serta pengantin.
3. Bersarapan seperti tak pernah makan makanan tersebut. (padahal roti kosong gardenia)
4. Ibu atau Ayah terpaksa mengahantar anak-anaknya ke sekolah-sekolah berlainan.
5. Jalan jammed dengan kakitangan kerajaan yang berpusu-pusu menaiki kenderaan ke tempat kerja.
6. Kereta rosak di tengah jalan, tayar pancit, sarapan banyak sangat kut.
7. Buat homework di pagi hari sebelum ke sekolah kerana tertidur pada malam sebelumnya sebab penat.
8. Terlupa untuk meng-iron baju sekolah serta tudung serta kain serta blablabla
9. Mandi macam 100 tahun tak mandi, 5 jam lamanya.
10. Sengaja datang lewat (alasan paling munasabah kut)

Haaa, Xyz bagi empat sebab je "Y MUST EARLY TO SCHOOL". Tapi shabawiya bagi SEPULUH sebab "Y U NO EARLY TO SCHOOL".

Haa, power tak? Power tak? Hehe.

Sekian, assalamualaikum.

Cikgu additional mathematics aku best! *tetibe*


2 comments:

Sya said...

Ni boleh report talian 15999 (talian nur) atas sebab jenayah siber. Dahlah kau budak siber buat kslhan siber. Aku boleh failkan benda ni ke Mahkamah atas sebab :-

1) memberikan gelaran diri sendiri kepada orang lain iaitu :-
" pemandu lori " yang asalnya hanya SHABAWIYYAAA yang punyaaa (y) ehem *serius balik*



2) telah menulis hampir serupa dengan post sebenar di blog defendan (kisahmissxyz.bs.com) tak ada gambar. Siap bagi 10 sebab datang sekolah lambat.



3) Tersalah fakta kerana defendan (kisahmissxyz.bs.com) menggunakan KENAPA KENA AWAL KE SEKOLAH. Bukan SEBAB LAMBAT KE SEKOLAH.




Diharap Puan Sabariah bt Ahmad Nazre dapat menghadiri perbicaraan 4/2/2013 kelak bersama suami di dalam mimpi.







*komen paling mantoppp yang pernah aku tulis :p*

Sab said...

aku hanya mampu komen, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA XD