Berpurdah; fesyen atau ikhlas?


Assalamualaikum,


Entri kali ni bertujuan untuk menyedarkan diri kita (termasuk aku) agar kita dapat elakkan diri kita dari tergolong dalam golongan orang-orang munafik. Di harap tiada yang salah faham dengan entri aku kali ni. Tolong baca entri ini dengan hati dan fikiran yang terbuka. Entri ni mungkin hanya sesuai dibaca oleh kaum hawa tapi tak salah kalau kaum adam nak baca jugak sekadar berkongsi ilmu.



"(Tidak ada faedahnya) kepada mereka (orang-orang munafik), sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik." -Surah alMunafiqun, ayat 6.

Aku tertarik untuk buat entri ni sebab aku terbaca satu entri yang agak lama, yang aku google.
Boleh click ke tajuk entri tu untuk terus terbang ke entri tersebut. Entri tu ditulis oleh seorang Niqabis.

Sekarang ni, kita tengok dah ramai perempuan memakai purdah kan? Alhamdulillah. Aku dapat sumber dari Twitter, negara-negara luar yang memegang status Negara Islam seperti Abu Dhabi mewajibkan perempuan-perempuan kat sana mesti memakai jubah hitam. Aku tengok dalam Drama "Rindu Bertamu di Abu Dhabi" tu, walaupun ada pelajar orang putih yang belajar kat sana, dorang tetap pakai jubah hitam walaupun tak bertudung. Apa kena mengena benda ni ngan entri kali ni? Saje nak kongsi ilmu, hehe.

Okay, back to our topic. Memang sekarang ramai yang berpurdah tapi berapa ramai yang berpurdah kerana fesyen? Berapa ramai yang berpurdah kerana betul-betul ikhlas? Berpurdah ni tak boleh dibuat main, tak boleh nak berpurdah and then upload gambar awak pakai purdah dekat facebook, dekat twitter tapi kat luar tak berpurdah. Mana boleh macam tu.


Sebagai contoh, pelajar sekolah yang dah pasang cita-cita untuk berpurdah suatu hari nanti. Tak boleh nak berpurdah waktu sekolah sebab peraturan sekolah tak benarkan. Okay, baguslah kalau dah pasang cita-cita nak berpurdah suatu hari nanti tapi tak perlu nak bawa purdah ke sekolah, pakai depan kawan pastu tanya pendapat kawan macam "okay tak aku pakai purdah ni?". Aku nak tanya, kenapa perlu buat macam tu? Kenapa perlu tanya pendapat kawan? Awak nak pakai purdah sebab Allah ke sebab pendapat kawan awak? Pastu, lepas dah tanya pendapat kawan, bukak purdah tu. Awak ingat purdah ni sekejap pakai sekejap bukak ke? Macam pakai tudung jugak, ingat pakai tudung ni sekejap pakai sekejap bukak ke?

Pastu, nak upload gambar awak berpurdah kat facebook, twitter, whatsapp, viber, line, we chat dan sebagainya. Kenapa nak upload gambar awak berpurdah? Untuk menunjuk-nunjuk? Biarlah Allah jea yang tawu niat awak nak berpurdah walaupun awak masih bersekolah. Biarlah jadi rahsia antara awak dan Allah. Kan sweet?


Sebelum berniqab, fikir dulu apa tujuan awak berniqab? Untuk tarik perhatian lelaki beriman kah? Untuk lebih menonjol daripada kawan-kawan yang tidak berpurdah ke? Atau mungkin, awak nak tunjuk pada semua orang yang awak ni solehah? Nilai soleh dan solehah tu bukan terletak pada luaran. Nilai soleh dan solehah tu bergantung kepada hati kita. Cukup bersihkah hati kita untuk bergelar soleh dan solehah? Ingat. Allah pandang dalaman, bukannya luaran. Bak kata pepatah melayu:
"Rambut sama hitam, hati lain-lain"
Hati manusia, macam-macam. Dalam diam, ada riak. Dalam diam, ada dengki. Allah je yang tawu macam mana hati hamba Dia. Teringat satu cerita yang ustazah aku ceritakan. Seorang pelajar sekolah agama menghantar santau kepada kawan baiknya sendiri. Kenapa? Kerana cemburu dan iri hati. Pelajar sekolah agama tu. Masyarakat sekarang ramai yang menilai luaran. Mana boleh, kita kena nilai dalaman bukan luaran. Kalau belum kenal orang tu betul-betul lagi, jangan sesuka hati anda je nak judge dia itu ini. Allah Maha Mengetahui. Bak kata matluthfi:
"Tak semestinya orang yang menutup aurat secara sempurna tu baik dan tak semestinya orang yang tak menutup aurat secara sempurna tu jahat. Tidak menutup aurat tu memanglah satu dosa tapi tak adil lah kalau kita klasifikasikan orang yang pakai seluar pendek tu, jahat. Orang yang pakai seluar panjang tu, baik"
Ayat matluthfi tu boleh didapati kat video dia yang ni, okay video dia semua best eh. Hahaha


Jangan nilai luaran, kenali hati seseorang tu dulu. Jangan ingat awak dah bertudung, awak solehah. Jangan ingat awak bersongkok, awak soleh. Jangan ingat awak bertudung labuh, awak beriman. Jangan ingat awak berkopiah/berserban, awak beriman. Jangan ingat awak berpurdah, awak dah jadi lebih bagus dari orang lain. Tak, mana boleh macam tu. Tak baik riak. Tak takut ke kalau termasuk dalam golongan orang-orang munafik? Tawu tak, orang munafik ni takkan diberi hidayah oleh Allah. Kalau termasuk dalam golongan orang munafik, macam mana nak sedar kita dah riak kalau Allah pun dah tak sudi nak bagi kita hidayah untuk sedar diri? Nauzubillah. Taknaklah jadi orang munafik kan?

Allah tak menilai luaran, Allah menilai dalaman kita, hati kita. Adakah hati kita sudah cukup bersih untuk bergelar sebagai seorang yang beriman? Kalau awak tak boleh tengok orang lain bahagia, kalau awak selalu cemburukan kejayaan orang lain, itu beriman ke? Dalam diam, awak dengki tapi bila depan orang tu, awak berpura-pura baik. Kan dah tergolong dalam golongan munafik tu? Ee, taknaklah jadi orang munafik, hipokrit. Allah sangat melaknat taw orang-orang munafik ni. Jom kita sama-sama istighfar sepanjang masa untuk bersihkan hati kita ni dari perasaan hasad dan dengki.


Ada satu kisah pada zaman nabi-nabi dulu, seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga sebab dia beri seekor anjing minum. Kenapa? Kerana keikhlasan hati dia. Cuba bayangkan, dengar je perkataan pelacur mesti kita dah fikir "jahat" kan? Tapi kisah pelacur ni, dia masuk syurga sebab hati dia yang ikhlas walaupun dah banyak dosa-dosa besar yang dia lakukan.

Ada lagi satu kisah pada zaman nabi-nabi jugak, seorang yang alim, rajin beribadah, rajin melakukan amalan sunat tapi dimasukkan ke neraka? Eh? Kenapa? Kalau kita bayangkan orang yang rajin beribadah ni mesti dah muncul perkataan "baik" dalam minda kita kan? Tapi kenapa orang alim tu dimasukkan ke neraka? Sebab dia riak. Dia yakin dia dapat masuk syurga dengan amalan-amalan dia tapi tanpa dia sedari, dia sudah riak. Nauzubillah. Ramai yang tawu tentang cerita ni tapi tak nampak mesej yang tersirat, bak kata orang putih "figurative meaning". Saje nak test ayat baru belajar dalam form four ni :p

Ingat. Jangan kita nilai luaran seseorang, kita kenal hati dia dulu. Manusia ni macam-macam ragam. Kadang-kadang kita tak pernah sangka dia macam tu. Sedangkan kawan baik sendiri pun boleh khianati kita taw. Hati-hati. Sekali lagi, entri ni untuk sedarkan diri kita termasuk aku. Harap dapat faham tujuan entri ni dengan hati dan fikiran yang terbuka. Cukuplah kita nampak beriman kepada Allah, janganlah kita menunjuk-nunjuk. Takut nanti jadi riak pulak kan?


 "Dan apabila engkau melihat mereka (orang-orang munafik), engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?" -Surah alMunafiqun, ayat 4.

Y No Early To School?


Assalamualaikum.

Tadaaa! Post pertama setelah hampir sebulan masuk sekolah. On the last day of January pulak aku buat post hahahah. Aku buat post ni berdasarkan post pemandu lori.

Alamak! Kantoi (sengaja)

Oleh sebab post dia takde gambar, jadi aku pun malas nak letak gambar. Like a boss. Dari apa yang diceritakan oleh Miss Driver lori itu :p sekolah aku (sekolah dia jugak) dah buat banyak perubahan. Pentas biru yang dulunya menjadi sejarah tempat para late comers seperti aku di-"malu"-kan telah 'pupus'.

Kiranya macam late comers ni, kena berdiri beramai-ramai atas pentas biru tu. Tapi pentas biru tu kat belakang, jadi pelajar menghadap pentas utama dan bukannya pentas biru. Tak malu sangat aku rasa kalau berdiri atas pentas biru tu.

Jadi apabila pentas biru tu sudah dimusnahkan jeng.jeng sekolah aku membuat peraturan baru bagi me-"malu"-kan para late comers ini dengan membiarkan late comers berdiri di HADAPAN para pelajar ketika para pelajar yang bukan late comers tu sedang duduk mendengar pengumuman guru-guru bertugas. Aku dah pernah kena and aku tawu betapa malunya rasa tapi aku buat watlek watpeace je hewhew.

So, Y U No Early To School?

1. Bangun lambat sebab berjaga malam kerana menyiapkan homework yang setinggi Gunung Himalaya.
2. Adik-adik atau abang kakak yang bersiap untuk ke sekolah mengalahkan mak datin serta pengantin.
3. Bersarapan seperti tak pernah makan makanan tersebut. (padahal roti kosong gardenia)
4. Ibu atau Ayah terpaksa mengahantar anak-anaknya ke sekolah-sekolah berlainan.
5. Jalan jammed dengan kakitangan kerajaan yang berpusu-pusu menaiki kenderaan ke tempat kerja.
6. Kereta rosak di tengah jalan, tayar pancit, sarapan banyak sangat kut.
7. Buat homework di pagi hari sebelum ke sekolah kerana tertidur pada malam sebelumnya sebab penat.
8. Terlupa untuk meng-iron baju sekolah serta tudung serta kain serta blablabla
9. Mandi macam 100 tahun tak mandi, 5 jam lamanya.
10. Sengaja datang lewat (alasan paling munasabah kut)

Haaa, Xyz bagi empat sebab je "Y MUST EARLY TO SCHOOL". Tapi shabawiya bagi SEPULUH sebab "Y U NO EARLY TO SCHOOL".

Haa, power tak? Power tak? Hehe.

Sekian, assalamualaikum.

Cikgu additional mathematics aku best! *tetibe*