Selamat Hari Raya Aidiladha! :)


Assalamualaikum.


Hello evelibadi :)

Sebenarnya aku nak cerita kat korang pasal cerita Sinister tapi aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidiladha! :)

Selamat makan kambing, lembu, dan segala jenis haiwan yang akan disembelih atas nama Allah untuk meraikan kejayaan jemaah haji pada tahun ini. Tak lupa, selamat pulang ke kampung. Pandulah berhati-hati, anda mampu mengubahnya. Hehehe.

Okay, done! Now, Sinister time.


Siapa yang taktawu lagi pasal cerita ni? Sila lah tanya Mr. Google dulu. Barulah baca sinopsis saya di bawah :)

Ceritanya bermula macam ni..

Seorang penulis (Ellison Oswalt) bukan fiksyen ber-genre jenayah, yang nak jadi terkenal melalui karyanya pindah ke satu rumah yang agak jauh dari rumahnya yang dulu. Ellison pindah bersama keluarganya yang terdiri daripada isterinya, Tracy, anak lelaki sulungnya, Trevor dan anak perempuan bongsunya, Ashley.

Ellison pindah ke rumah itu bersama keluarganya kerana dia hendak menulis sebuah buku bukan fiksyen mengenai kes-kes jenayah yang berlaku di rumah itu. Banyak keluarga yang pernah tinggal di situ telah mati terbunuh dan masih menjadi tanda tanya pihak polis.

Namun begitu, keluarganya tidak tahu bahawa rumah itu merupakan tempat pernah berlakunya kes-kes jenayah seperti rumah-rumah mereka sebelum ini. Ellison pernah menulis buku jenayah yang berjudul Kentucky Blood. Buku bukan fiksyen itu telah mendapat sambutan yang hebat. Buku itu menjadi buku yang paling dikehendaki di New York. (part ni aku tak paham sangat)

Anaknya, Trevor seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang ingin dilayan seperti orang dewasa manakala Ashley ialah seorang kanak-kanak perempuan yang sangat suka melukis. Ashley telah berjanji dengan ayahnya, Ellison bahawa dia hanya akan melukis di dinding biliknya dan bukan di dinding bahagian rumah yang lain.

Ketika Ellison dan keluarganya sedang berkemas di rumah baru mereka, Ellison terjumpa sebuah kotak yang berisi sebuah kamera rakaman Super 8 (video lama tu) di atas loteng rumah itu. 

 Ellison

Ellison mengambil keputusan untuk menonton kesemua rakaman itu. Ellison tidak tahu siapa yang merakam rakaman itu tetapi rakaman itu menunjukkan beberapa buah keluarga yang terbunuh dengan pelbagai cara seperti digantung di pokok, dilemaskan, dibakar di dalam kereta, dikerat leher dengan pisau dan digelek dengan mesin pemotong rumput. Namun begitu, setiap kanak-kanak bongsu dalam semua keluarga yang terbunuh itu tidak dijumpai.

 Rakaman-rakaman

Setelah diperhatikan rakaman-rakaman itu, Ellison mendapati ada satu wajah yang tidak dikenali seperti bertopeng dalam setiap rakaman pembunuhan keluarga-keluarga itu. Ellison turut menjumpai penutup kotak yang terdapat lima lukisan dilukis oleh kanak-kanak. Lukisan-lukisan itu menunjukkan cara keluarga-keluarga tersebut dibunuh dengan kejam. Terdapat Mr. Boogie pada setiap lukisan seperti menunjukkan Mr. Boogie yang melakukan pembunuhan-pembunuhan itu.

  Mr. Boogie

Salah satu lukisan

Ellison merakam kesemua lukisan-lukisan yang mencurigakan itu. Ellison tiba-tiba terjatuh dari loteng tempat dia berada dan cedera di kaki. Isterinya, Tracy memanggil polis untuk membantu Ellison. Seorang polis yang meminati Ellison meminta Ellison untuk meletakkan namanya di bahagian penghargaan buku yang akan Ellison tulis. Polis itu menawarkan apa-apa bantuan yang diperlukan Ellison. Ellison kemudian meminta bantuan polis tersebut untuk mencari maklumat yang lebih dalam mengenai keluarga-keluarga yang terbunuh itu.

Malam pertama mereka tinggal di rumah itu, anak lelakinya, Trevor dijumpai di dalam sebuah kotak dan Trevor berada dalam keadaan tidak sedar (dirasuk). Malam berikutnya, ketika Ellison sedang tidur, Ellison terjaga kerana rakaman pembunuhan kejam itu dimainkan sendiri. Ellison keluar dari rumahnya kerana dia terdengar bunyi-bunyi yang pelik. Ellison mendapati anaknya, Trevor, berada di dalam semak belakang rumah dalam keadaan dirasuk sekali lagi.

Trevor


Ahh, dahlah. Taknak aku cerita lagi. Tak best lah kalau aku cerita sampai habis, korang kena pergi tengok sendiri. Tak sanggup dah aku nak taip bahasa baku ni lagipun aku tak reti nak buat karangan panjang-panjang. Aku tak reti bercerita, haha.

Korang pergilah tengok cerita ni, sangat best dan menyeramkan. Suspend dan sebagainya lah. Sesiapa yang ada heart-attack, jangan tengoklah. Bahaya. Lagi best kalau korang tengok Sinister dekat wayanglah sebab sound dye gempak en.

Memang tak rugi kalau korang tengok cerita ni, best sangat! Aku memang suka tengok cerita-cerita omputeh yang camni, hehe. Aku tengok dengan Dira, dia yang jerit over. Hahahaha, dira :p

Tapi lagi best kalau Superman ikut sekali kan :')

InsyaAllah minggu depan aku nak tengok Paranormal Activity 4 pulak.


Haha, mentang-mentang dah habis PMR kan. Korang tengok taw Sinister tu, tak rugi. Memang best cerita tu. Memang betul-betul SCARY. Hahahahaha.

" Once you see him, nothing can save you " -Sinister-

Assalamualaikum. 

1 comment:

Sya said...

Oh, hari Rabu itu kau pergi tgk sinisterlah yer.. Nak kena budak ni! Ahaha, sinopsis itu kau tulis ke? Macam copy paste jer, haha XD